Ahad, 5 Ogos 2012

PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN KE 55 SKTPI




30 Ogos 2012, bertempat di Dewan Terbuka SK Taman Pelangi Indah, sambutan bulan kemerdekaan telah dirasmikan  oleh Pn Ong Siew Pin. Program kemerdekaan peringkat sekolah dianjurkan bersama Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, Panitia Kajian Tempatan dan Panitia Pendidikan Seni & Visual. Tujuan sambutan peringkat kemerdekaan bertujuan memberi kesedaran kepada generasi muda terutama pelajar SKTPI supaya cinta dan sayangi Negara dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersedia mempertahankan Negara daripada ancaman musuh yang durjana.

Program Bulan Kemerdekaan
Mewarna Tahap 1
Mewarna Tahap 2
Mewarna Pra Sekolah
Nyanyian Lagu Patriotik
Pertandingan Kecerian Kelas

7.30 pagi     Perhimpunan pagi
                   Ucapan HEM
                   Ucapan Guru Besar
                   Penyerahan Jalur Gemilang
                   Persembahan Sajak
                   Persembahan Murid
                   Nyanyian Tiga Lagu Patriotik

                   Bersurai                                                                                                                                                                                                                                                                                                  

Jumaat, 18 Mei 2012

SAMBUTAN HARI GURU 2012

Tarikh: 16 Mei 2012
Masa: 7.20-12.30 tgh
Tempat: SK Taman Pelangi Indah
Anjuran: Badan Kebajikan Guru dan Staf

Bertempat di Dewan Terbuka, SK Taman Pelangi Indah, Ulu Tiram, Johor, Badan Kebajikan Guru & Staf telah menganjurkan Sambutan Hari Guru 2012 peringkat sekolah. Sambutan telah dimulakan dengan Ikrar Hari Guru dan nyanyian Lagu Guru Malaysia. Seterusnya penyampaian hadiah bagi kategori guru popular, guru penyayang, guru tegas, guru anggun dan guru kacak. Tujuan anugerah ini diadakan bertujuan memberi penghargaan kepada guru-guru yang telah mendidik sepanjang tahun. Proses pemilihan undi telah dijalankan oleh murid-murid melalui borang pencalonan.

Sabtu, 12 Mei 2012

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SKTPI 2012

Tarikh: 12 Mei 2012
Hari: Sabtu
Masa : 8.30 pagi hingga 10.00 pagi
Sasaran : Pelajar Tahun 6, 5,4 dan 3

Acara ini dianjurkan oleh Unit Sukan dan Permainan. Bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua murid melalui aktiviti sukan yang lebih mencabar dan memerlukan mental dan semangat yang kuat.

Objektif adalah memberi pendedahan kepada aktiviti larian jarak sederhana dan jarak jauh kepada murid. Disamping itu mencari dan kenalpasti murid berpontesi. Seterusnya murid dan peserta dapat menyihatkan badan serta mengeratkan hubungan silaturahim sesama pelajar, guru dan ibu bapa.

Rabu, 4 April 2012

PROGRAM MINGGUAN KOKURIKULUM































Pada 4 April 2012, Unit Uniform SK Taman Pelangi Indah telah mengadakan aktiviti mingguan kokurikulum. Antara kegiatan yang dijalankan adalah seperti memasang dan mendirikan khemah oleh pasukan TKRS. Unit Puteri Islam pula mengadakan latihan kawad kaki. Unit pengakap menjalankan latihan teori undang-undang pengakap. Manakala unit Tunas Puteri mengadakan teori permianan kecil dan Unit BBSM mengadakan aktiviti teori pertolongan cemas.