Ahad, 12 Ogos 2012

PROGRAM IHYA RAMADHAN DAN MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN SKTPI



10 Ogos 2012, Jumaat, bertempat di dewan terbuka SK Taman Pelangi Indah Majlis Khatam Al Quran dan penyampaian sumbangan telah diadakan di bawah anjuran Panitia Pendidikan Islam. Program ini memupuk kecintaan murid terhadap cara hidup islam sejati. Disamping itu mendidik pelajar berkongsi kegembiraan bersama -sama dengan mereka yang kurang bernasib baik. Tetamu istimewa adalah daripada wakil Bank Rakyat cawangan Kota Tinggi iaitu Encik Ismail. Guru Besar Pn Ong Siew Pin telah merasmikan majlis yang gilang-gemilang ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan