Sabtu, 24 April 2010

Kecergasan

Latihan jasmani adalah amalan yang baik dari segi falsafah pendidikan negara. Lantaran itu, anak-anak didik SKTPI telah merealisasikan Falsafah Pendidikan dengan rasa tanpa jemu. Dengan wajah yang ceria dan senyuman yang manis, mereka bersama-sama bersenam dengan penuh rasa tanggungjawab dan berdedikasi walaupun dalam keadaan yang sedikit panas.

Kajian Lapangan / Lawatan Muhibah ke Kampung Sg Tiram

22 April 2010, Hari Khamis, Panitia Kajian Tempatan, SK Taman pelangi Indah telah menjalankan satu kajian dan lawatan muhibah ke Kampung Sg Tiram. Lawatan ini disertai oleh 4 orang guru pengiring dan 41 orang pelajar. Tempat yang dilawati adalah seperti Ladang Menternak Kambing, Ladang Orkid, Pasar Kemboja dan SK Sungai Tiram. Antara objektif kajian dan lawatan adalah untuk memberi pengalaman dan pengetahuan kepada pelajar secara langsung dan tidak langsung di dalam erti kehidupan yang sebenar. Terima kasih kepada PPD Pasir Gudang dan Pihak Pentadbir SK Taman Pelangi Indah kerana memberi kebenaran kepada Panitia Kajian Tempatan SK Taman Pelangi Indah untuk menjalani kajian dan lawatan tersebut.