Jumaat, 18 Mei 2012

SAMBUTAN HARI GURU 2012

Tarikh: 16 Mei 2012
Masa: 7.20-12.30 tgh
Tempat: SK Taman Pelangi Indah
Anjuran: Badan Kebajikan Guru dan Staf

Bertempat di Dewan Terbuka, SK Taman Pelangi Indah, Ulu Tiram, Johor, Badan Kebajikan Guru & Staf telah menganjurkan Sambutan Hari Guru 2012 peringkat sekolah. Sambutan telah dimulakan dengan Ikrar Hari Guru dan nyanyian Lagu Guru Malaysia. Seterusnya penyampaian hadiah bagi kategori guru popular, guru penyayang, guru tegas, guru anggun dan guru kacak. Tujuan anugerah ini diadakan bertujuan memberi penghargaan kepada guru-guru yang telah mendidik sepanjang tahun. Proses pemilihan undi telah dijalankan oleh murid-murid melalui borang pencalonan.

Sabtu, 12 Mei 2012

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SKTPI 2012

Tarikh: 12 Mei 2012
Hari: Sabtu
Masa : 8.30 pagi hingga 10.00 pagi
Sasaran : Pelajar Tahun 6, 5,4 dan 3

Acara ini dianjurkan oleh Unit Sukan dan Permainan. Bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua murid melalui aktiviti sukan yang lebih mencabar dan memerlukan mental dan semangat yang kuat.

Objektif adalah memberi pendedahan kepada aktiviti larian jarak sederhana dan jarak jauh kepada murid. Disamping itu mencari dan kenalpasti murid berpontesi. Seterusnya murid dan peserta dapat menyihatkan badan serta mengeratkan hubungan silaturahim sesama pelajar, guru dan ibu bapa.