Jumaat, 18 Mei 2012

SAMBUTAN HARI GURU 2012

Tarikh: 16 Mei 2012
Masa: 7.20-12.30 tgh
Tempat: SK Taman Pelangi Indah
Anjuran: Badan Kebajikan Guru dan Staf

Bertempat di Dewan Terbuka, SK Taman Pelangi Indah, Ulu Tiram, Johor, Badan Kebajikan Guru & Staf telah menganjurkan Sambutan Hari Guru 2012 peringkat sekolah. Sambutan telah dimulakan dengan Ikrar Hari Guru dan nyanyian Lagu Guru Malaysia. Seterusnya penyampaian hadiah bagi kategori guru popular, guru penyayang, guru tegas, guru anggun dan guru kacak. Tujuan anugerah ini diadakan bertujuan memberi penghargaan kepada guru-guru yang telah mendidik sepanjang tahun. Proses pemilihan undi telah dijalankan oleh murid-murid melalui borang pencalonan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan