Sabtu, 24 April 2010

Kajian Lapangan / Lawatan Muhibah ke Kampung Sg Tiram

22 April 2010, Hari Khamis, Panitia Kajian Tempatan, SK Taman pelangi Indah telah menjalankan satu kajian dan lawatan muhibah ke Kampung Sg Tiram. Lawatan ini disertai oleh 4 orang guru pengiring dan 41 orang pelajar. Tempat yang dilawati adalah seperti Ladang Menternak Kambing, Ladang Orkid, Pasar Kemboja dan SK Sungai Tiram. Antara objektif kajian dan lawatan adalah untuk memberi pengalaman dan pengetahuan kepada pelajar secara langsung dan tidak langsung di dalam erti kehidupan yang sebenar. Terima kasih kepada PPD Pasir Gudang dan Pihak Pentadbir SK Taman Pelangi Indah kerana memberi kebenaran kepada Panitia Kajian Tempatan SK Taman Pelangi Indah untuk menjalani kajian dan lawatan tersebut.

3 ulasan:

  1. Tahniah kepada guru-guru dan pelajar. Kamu semua hebat.

    BalasPadam
  2. saya adalah salah seorang peserta kajian lapangan /lawatan muhibah ke kampung sungai tiram...best...siapa tak pergi rugi...

    BalasPadam
  3. Bestnya dapat tengok Kambing

    BalasPadam