Sabtu, 26 November 2011

Sekalung Penghargaan Buat Guru, Ibu Bapa dan Pelajar

Salam Maal Hijrah 1433 kepada semua warga SKTPI. Alhamdulillah, keputusan UPSR telah diketahui dan telah diumumkan seluruh tanah air. Ada pelajar yang berjaya dan juga ada yang kurang berjaya. Namun apapun tahniah diucapkan kepada yang berjaya mendapat keputusan 5A. Kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa sesungguhnya kehidupan seorang pelajar menjadi satu kebiasaan di dalam mengejar cita-cita samada lulus atau gagal. Sehubungan dengan itu, SK Tmn pelangi Indah juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada guru-guru yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan pencapaian pelajar seiring dengan hasrat KPM yang ingin melihat peratusan yang meningkat.
Kepada PIBG jutaan terima kasih kerana memberi kerjasama yang erat dan bantuan bagi memastikan pelajar-pelajar mendapat keputusan yang baik dan cemerlang. Semoga tahun 2012 dan seterusnya akan menjadikan lebih cemerlang ke hadapan. Selamat Maju Jaya.