Sabtu, 26 November 2011

Sekalung Penghargaan Buat Guru, Ibu Bapa dan Pelajar

Salam Maal Hijrah 1433 kepada semua warga SKTPI. Alhamdulillah, keputusan UPSR telah diketahui dan telah diumumkan seluruh tanah air. Ada pelajar yang berjaya dan juga ada yang kurang berjaya. Namun apapun tahniah diucapkan kepada yang berjaya mendapat keputusan 5A. Kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa sesungguhnya kehidupan seorang pelajar menjadi satu kebiasaan di dalam mengejar cita-cita samada lulus atau gagal. Sehubungan dengan itu, SK Tmn pelangi Indah juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada guru-guru yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan pencapaian pelajar seiring dengan hasrat KPM yang ingin melihat peratusan yang meningkat.
Kepada PIBG jutaan terima kasih kerana memberi kerjasama yang erat dan bantuan bagi memastikan pelajar-pelajar mendapat keputusan yang baik dan cemerlang. Semoga tahun 2012 dan seterusnya akan menjadikan lebih cemerlang ke hadapan. Selamat Maju Jaya.

Khamis, 4 Ogos 2011

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SK TAMAN PELANGI INDAH 2011



Pada 31 Ogos setiap tahun Hari kebangsaan akan disambut dengan penuh meriah. Pelbagai acara akan diatur dan akan dilaksanakan bertujuan meraikan kebebasan negara kita daripada penjajah. Pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua, muda dan kanak-kanak, tetap akan meraikan sambutan ini dengan penuh rasa syukur dan gembira. Oleh yang demikian, guru-guru dan pelajar SKTPI tidak juga ketinggalan untuk bersama-sama meraikannya. Antara objektifnya adalah melahirkan pelajar yang cintakan Negara, Selain dari itu, membina sifat kerjasama antara pelajar dalam satu-satu program dan membina amalan patriotik dalam diri pelajar. Akhir kata pihak jawatankuasa program mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir dan juga guru-guru yang terlibat dalam melancarkan program Bulan Kemerdekaan SK Taman Pelangi Indah bagi Tahun 2011.

Tentatif
7.00pg Bacaan Yaasin
Ucapan Aluan GPK HEM
Ucapan Perasmian oleh Guru Besar dan Deklemasi Sajak
Persembahan Sajak Pelajar Bahasa Melayu
Persembahan Sajak Pelajar Bahasa Inggeris
Nyanyian 2 Buah Lagu Patriotik
Bersurai

Ahad, 24 Julai 2011

Kejohanan Olahraga SK Taman Pelangi Indah



23 Julai 2011, bersamaan hari Sabtu, kejohanan olahraga sekolah telah diadakan dengan jayanya. Tn Hj Zulkiflee selaku YDP, Persatuan Ibu Bapa Guru SK Taman Pelangi Indah telah merasmikan kejohanan yang gilang-gemilang ini. Tidak lupa kepada guru-guru yang telah bertugas dengan dedikasi tanpa jemu. Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang rajin mengikuti latihan rumah sukan sehingga keacara kemuncak pada hari sukan sebenar. Dalam kejohanan tersebut, rumah sukan Kuning telah menjadi johan, diikuti rumah sukan Hijau, rumah sukan Biru dan rumah sukan Merah. Dalam acara perbarisan rumah sukan, rumah sukan Biru menjadi johan dan dalam acara menghias khemah rumah sukan, rumah sukan Merah menjadi johan. Semoga kejohanan ini memberi satu lonjakan paradigma kepada guru-guru dan juga pelajar dalam merealisasikan hasrat sekolah dalam mencapai MISI sekolah yang cemerlang menjelang tahun 2011.

Ahad, 20 Mac 2011

Pelancaran Program Mentor - Menti

21 Mac 2011, bertempat di Dewan Terbuka SK Taman Pelangi Indah, Majlis Pelancaran Mentor-Menti telah dirasmikan oleh guru besar iaitu Tn Hj Zainuddin bin Hj Mohd Alie. Program itu bertujuan untuk persediaan pelajar tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR. Dalam program tersebut, menti akan membuat temu janji bersama mentor dalam pengkhususan tentang pencapaian pelajaran dan sahsiah diri. Selain dari itu, menti juga berpeluang bertanyakan masalah mereka kepada mentor. Dalam ucapan perasmian pihak pentadbir telah memberi beberapa nasihat dan tips kepada pelajar tahun 6. Seterusnya pihak guru besar mengucapkan ucapan tahniah kepada Unit Bimbingan Kaunseling kerana telah merangka salah satu program untuk pelajar tahun enam dalam mencapai keputusan yang cemerlang. Seterusnya pembahagian menti telah disempurnakan oleh guru besar dimana seramai dua tau tiga orang pelajar telah diserahan kepada mentor mereka. Majlis perasmian telah ditamatkan pada jam 8.15 pagi

Ahad, 13 Februari 2011

LARIAN MAHKOTA


Tanggal 12 Februari 2011, bertempat di Dataran Muafakat SK Taman Pelangi Indah, Larian Mahkota Johor Peringkat Sekolah telah dirasmikan oleh Guru Besar iaitu Tn Hj Zainuddin bin Hj Mohd Alie. Seramai 150 pelajar telah bersama-sama mengambil bahagian dalam acara tersebut. Dalam ucapan perasmian guru besar telah menerangkan tujuan dan matlamat larian mahkota diadakan. Selain daripada itu, acara ini juga menguji daya fizikal dan mental pelajar dalam menghabis jarak larian sejauh dua kilometer. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan polis yang telah bersama-sama dalam membantu keselamatan pelajar ketika berlari di jalan raya. Begitu juga dengan ibu bapa yang sama-sama mengiringi anak mereka semasa berlari.

Jumaat, 21 Januari 2011

Majlis Tautan Bestari

Pihak Pentadbir dan guru-guru SK Taman Pelangi Indah, berbesar hati menjemput ibu bapa / penjaga murid-murid Tahun 6 ( 2011 ) menghadiri Majlis Tautan Bestari iaitu program bersama pentadbir, guru dan ibu bapa. Program ini bertujuan untuk memberi informasi dan pendedahan awal kepada ibu bapa / penjaga mengenai persiapan UPSR yang akan dihadapi oleh anak-anak mereka. Selain dari itu, program ini juga memberi peluang kepada ibu bapa untuk berinteraksi dengan pihak sekolah khususnya pihak pentadbir dan guru-guru. Di dalam program ini juga, ibu bapa / penjaga diberi Santapan Minda yang bertajuk Kecemerlangan Anak Kecemerlangan Ibu Bapa yang akan disampaikan oleh Tn Hj. Salamian bin Surip. Semoga Majlis Tautan Bestari ini, akan memberi satu panduan dan jajaran yang baik kepada pelajar, ibu bapa dan penjaga.

Tentatif Program:
8.00-8.30 Pendaftaran Ibu bapa
8.30-8.45 Sarapan Pagi
8.45-8.50 Bacaan Doa
8.50-9.00 Kata Aluan Pengerusi Majlis
9.00-10.30 Santapan Minda
10.30-10.35 Penyampaian Cenderamata
10.35-11.00 Akujanji Pelajar
11.00 - 11.15 Taklimat Ringkas Guru B&K
11.15 - 11.30 Ucapan YDP PIBG
11.30 -12.00 Ucapan Penutup Guru Besar
12.00 Bersurai