Isnin, 17 Mei 2010

PERAYAAN HARI GURU SKTPI

17 MEI 2010, bertempat di Dataran Muafakat dan Dewan Terbuka, perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan dengan penuh meriah dan gembira. Banyak acara telah diadakan seperti Perlawanan Bola Sepak antara guru dan pelajar, Pertandingan Bola Jaring antara Guru / Staf dan Pertandingan Bola Tampat antara Guru dan Pelajar. Selain daripada itu, acara sukaneka dijalankan dengan penuh meriah. Terutamanya apabila acara makan terpantas diadakan. Dimana dalam acara ini, guru dalam pasukan masing-masing dikehendaki menghabiskan makanan yang disediakan dengan pantas mengikut masa yang ditetapkan. Tuan GB juga tidak ketinggalan ketika mendendangkan lagu ketika sesi Perasmian diadakan. Terima kasih kepada pihak pentadbir kerana membenarkan BKGS menganjurkan Program hari Guru Peringkat Sekolah. Jutaan terima kasih kepada semua guru-guru SKTPI dan Staf yang telah bersama-sama dalam menghidupkan sambutan Hari Guru 2010.

Khamis, 13 Mei 2010

PERTANDINGAN SHAHIBA DAERAH PASIR GUDANG 2010

12 Mei 2010, Pertandingan Shahiba, Peringkat Derah Pasir Gudang telah diadakan di SK Taman Pelangi Indah. Pertandingan telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Taman Pelangi Indah iaitu Hj Zainuddin bin Hj Mohd Alie. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PPD Pasir Gudang kerana telah mengizinkan pertandingan dijalankan di SKTPI. Dikesempatan ini juga pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JK Kerja dan juga mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Selamat Hari Guru.

Isnin, 10 Mei 2010

MAJLIS PELANCARAN MENTOR MENTI

3 Mei 2010, Majlis Pelancaran Mentor-menti telah dirasmikan oleh Guru Besar Hj Zainudddin bin Hj Mohd Alie bertempat di Dataran Muafakat SK Taman Pelangi Indah. Seramai 79 pelajar Tahun 6 telah terlibat dalam program ini. Antara objektif program ini adalah bertujuan untuk membimbing dan membantu pelajar dalam mencapai kejayaan daripada segi akademik dan sahsiah diri pelajar. Diharap pelajar akan berjaya mengecapi kejayaan sebagaimana yang di harapkan oleh semua guru, ibu bapa dan penjaga. Sekalung tahniah buat Cikgu Suziana binti Marni dan juga AJK Program.