Ahad, 24 Julai 2011

Kejohanan Olahraga SK Taman Pelangi Indah



23 Julai 2011, bersamaan hari Sabtu, kejohanan olahraga sekolah telah diadakan dengan jayanya. Tn Hj Zulkiflee selaku YDP, Persatuan Ibu Bapa Guru SK Taman Pelangi Indah telah merasmikan kejohanan yang gilang-gemilang ini. Tidak lupa kepada guru-guru yang telah bertugas dengan dedikasi tanpa jemu. Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang rajin mengikuti latihan rumah sukan sehingga keacara kemuncak pada hari sukan sebenar. Dalam kejohanan tersebut, rumah sukan Kuning telah menjadi johan, diikuti rumah sukan Hijau, rumah sukan Biru dan rumah sukan Merah. Dalam acara perbarisan rumah sukan, rumah sukan Biru menjadi johan dan dalam acara menghias khemah rumah sukan, rumah sukan Merah menjadi johan. Semoga kejohanan ini memberi satu lonjakan paradigma kepada guru-guru dan juga pelajar dalam merealisasikan hasrat sekolah dalam mencapai MISI sekolah yang cemerlang menjelang tahun 2011.