30 dan 31 Oktober 2010, bertempat di Damai Beach Resort, Kota Tinggi, Johor, guru-guru SK Taman Pelangi Indah telah berkumpul di sana kerana mengadakan Program Hari Keluarga 2010. Program tersebut telah dirasmikan oleh Hj Zainuddin bin Hj Mohd Alie iaitu guru besar SK Taman Pelangi Indah. Aturcara pada malam tersebut dimulakan dengan ucapan Timbalan Pengerusi BKGS. Seterusnya ucapan guru besar dan perasmian program. Pada malam tersebut guru besar menyumbangkan dua buah lagu. Suasana yang sunyi, damai dan tenang program berjalan dengan lancar dan sempurna. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama guru dan staf. Selain dari itu, ahli BKGS ingin mencari kelainan dalam mengadakan program hari keluarga. Pada pagi ahadnya, sukaneka berlangsung dengan meriah dan gembira. Ahli BKGS dengan sporting bersama-sama memeriahkan sukaneka yang diadakan. Antaranya mencari telur penyu, boling kelapa, menjahit dan berenang dalam air bagi acara kanak-kanak. Acara mewarna juga diadakan bagi yang berumur 3 tahun hingga 6 tahun. Dalam majlis penutupan Penolong Kanan Pentadbiran iaitu En Idris bin Kassim mengingatkan ahli BKGS agar dapat meneruskan program yang seumpama ini pada masa hadapan.
Selasa, 9 November 2010
Selasa, 19 Oktober 2010
Sukan SKTPI 2010
14 Oktober 2010 bertempat di padang sekolah SK Taman Pelangi Indah, kejohanan balapan dan padang telah diadakan. Terdiri dari empat rumah sukan telah mengambil bahagian. Rumah Sukan Kuning telah menjadi johan keseluruhan, diikuti Rumah Sukan Biru sebagai tempat kedua, Rumah Sukan Hijau Tempat Ketiga dan Rumah Sukan Merah tempat keempat. Kejohanan berlangsung bermula seawal pagi dan tamat pada pukul 1.00 tgh. Perasmian telah di jalankan oleh YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru iaitu Tn Hj Zulkifli. Tentatif kejohanan telah dimulakan dengan lintas hormat oleh Unit-unit uniform dan juga peserta perbarisan rumah sukan. Menerusi acara jemputan kaum bapa, pasukan guru dan campuran JK PIBG telah berjaya mengalahkan kaum bapa dalam acara tarik tali. Begitu juga acara tarik tali antara rumah sukan telah dimenangi oleh Rumah Sukan Kuning. Di dalam ucapan alu-aluan Guru Besar, Tn Hj Zainuddin bin Hj Mohd Alie, beliau telah menyatakan perasaan gembira dan terharu dengan sokongan PIBG, ibu bapa dan guru-guru dalam menjayakan sukan sekolah. Hendaknya sukan ini menjadi satu penyambung wacana kepada bakat pelajar dan potensi pelajar dalam menjadi seorang yang berguna pada masa hadapan.
Rabu, 18 Ogos 2010
PERTANDINGAN KAWAD UNIT BERUNIFORM 2010
24 Julai 2010, Hari Sabtu bertempat di Dataran Muafakat SK Taman Pelangi Indah, satu pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform telah diadakan. Pertandingan tersebut telah dianjurkan oleh Unit Ko Kurikulum SK Taman Pelangi Indah. Sebanyak lima unit uniform telah menyertai pertandingan kawad kaki iaitu Unit Pengakap, Unit Puteri Islam, Unit Tunas Puteri, Unit PBSM dan Unit TKRS. Unit PBSM telah menjadi johan dalam pertadingan yang dianjurkan. Pihak pentadbir khususnya pihak GPK KoKo merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru penasihat dan pelajar kerana bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini.
Selasa, 20 Julai 2010
KURSUS DALAM PERKHIDMATAN
15 Julai 2010, warga pendidik SK Tmn Pelangi Indah, telah mengikuti kursus LDP di Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru. Kursus LDP telah dihadiri seramai 39 guru termasuk 4 orang guru pratikum dari Institut Perguruan Temenggong Ibrahim Johor Bahru, Johor. Kursus LDP telah disampaikan sendiri oleh Guru Besar iaitu Hj Zainuddin bin Hj Mohd Alie. Tajuk kursus ialah Transformasi Kepimpinan. Diantara objektif kursus adalah memberi kefahaman kepada guru bagaimana memahami dan menghayati ilmu dan teori kepimpinan. Selain daripada itu juga, mendedahkan guru bagaimana mengaplikasikan ilmu dan teori kepimpinan secara berkesan di dalam persekitaran pendidikan. Seterusnya guru didedahkan juga konsep memimpin secara berkesan di dalam satu-satu organisasi.
Ahad, 27 Jun 2010
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
Rabu, 23 Jun 2010, guru-guru SK Taman Pelangi Indah telah menghadiri Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan. Antara tujuan kursus ini untuk memahirkan guru tentang Pengurusan Kurikulum, Merancang Proses Pengurusan Fail Panitia dan Menentukan Tindakan Intervensi Mengikut Keperluan Pelajar. Kurus ini telah dihadiri oleh guru-guru SKTPI. Ceramah dan bengkel dikendalikan oleh Encik Idris bin Kassim dan Pn Siti Mariam bt Abd Karim.
Isnin, 17 Mei 2010
PERAYAAN HARI GURU SKTPI
Khamis, 13 Mei 2010
PERTANDINGAN SHAHIBA DAERAH PASIR GUDANG 2010

Isnin, 10 Mei 2010
MAJLIS PELANCARAN MENTOR MENTI
Sabtu, 24 April 2010
Kecergasan
Kajian Lapangan / Lawatan Muhibah ke Kampung Sg Tiram
22 April 2010, Hari Khamis, Panitia Kajian Tempatan, SK Taman pelangi Indah telah menjalankan satu kajian dan lawatan muhibah ke Kampung Sg Tiram. Lawatan ini disertai oleh 4 orang guru pengiring dan 41 orang pelajar. Tempat yang dilawati adalah seperti Ladang Menternak Kambing, Ladang Orkid, Pasar Kemboja dan SK Sungai Tiram. Antara objektif kajian dan lawatan adalah untuk memberi pengalaman dan pengetahuan kepada pelajar secara langsung dan tidak langsung di dalam erti kehidupan yang sebenar. Terima kasih kepada PPD Pasir Gudang dan Pihak Pentadbir SK Taman Pelangi Indah kerana memberi kebenaran kepada Panitia Kajian Tempatan SK Taman Pelangi Indah untuk menjalani kajian dan lawatan tersebut.
Langgan:
Catatan (Atom)